Empat Barang Lama

Empat Barang Lama (Cina ringkas: 四旧Cina tradisional: 四舊pinyin: sì jiù) adalah istilah yang digunakan pada Revolusi Kebudayaan yang berlaku di Republik Rakyat China dari tahun 1966—1976 untuk merujuk kepada unsur-unsur kebudayaan dan pemikiran Cina yang dianggap perlu dihapuskan sebagai usaha memajukan China, empat elemen disebut adalah:[1]

  1. "Adat Lama" (旧风俗 / 舊風俗, jiù fēngsú)
  2. "Budaya Lama" (旧文化 / 舊文化, jiù wénhuà)
  3. "Tabiat Lama" (旧习惯 / 舊習慣, jiù xíguàn)
  4. "Fahaman Lama" (旧思想 / 舊思想, jiù sīxiǎng).

Gerakan "penghancuran Barang Lama" ini bermula di Beijing pada 19 Ogos 1966 tidak lama selepas pelancaran Revolusi Kebudayaan.[2]

Fahaman bahawa budaya Cina dipertanggungjawabkan atas kemunduran ekonomi China ada duluannya dalam Gerakan Baihua (1919), serta juga didorong penjajah Jepun ketika pendudukan mereka di negara tersebut.[3]

  1. ^ Spence, Jonathan. The Search for Modern China. 2nd ed. New York: W.W. Norton & Co., 1999. p575
  2. ^ Law, Kam-yee. [2003] (2003). The Chinese Cultural Revolution Reconsidered: beyond purge and Holocaust. ISBN 0-333-73835-7
  3. ^ Gao, Mobo (2008). The Battle for China's Past: Mao and the Cultural Revolution. Pluto Press. m/s. 21–22.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search